Mengenai Kita

Silver Boundaries menawarkan pelbagai program peningkatan kemahiran yang meliputi keseluruhan keperluan latihan organisasi anda. Anda akan berkerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin dengan pengalaman yang diperolehi melalui pelbagai peranan dalam persekitaran latihan.

Kepakaran perundingan amalan terbaik dan pakar industri kami membenarkan kami memahami dengan lebih cepat kehendak perkembangan profesional dan latihan anda, justeru mengolah program kami untuk memenuhi keperluan perniagaan anda bergerak ke hadapan.

Kami bersama NCFE dan CAVC beriltizam dan berazam untuk bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia ke arah membina tenaga kerja mahir untuk rakyat, pelanggan dan masyarakat di Malaysia.

Northern Council for Further Education

ncfe.org.ukDiploma dalam Kepimpinan dan Pengurusan kami telah disah dan diiktiraf oleh Badan Peperiksaan UK, NCFE, sebagai setaraf dengan Tahap 4 dalam Kerangka Kualiti Terkawal (Regulated Qualification Framework) UK.

NCFE adalah satu organisasi penganugerahan pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan UK yang mempunyai peranan membentuk, membangun dan mengakui kelayakan bertaraf kebangsaan yang telah memberi manfaat kepada lebih 2 juta pelajar di seluruh UK sejak 10 tahun lepas. NCFE mempunyai warisan yang kukuh selama 150 tahun dan beriltizam untuk mengubah kehidupan melalui pembelajaran.

Ketahui dengan lebih lanjut di sin: https://www.ncfe.org.uk/

 

Cardiff & Vale College

cavc.ac.ukCardiff & Vale College adalah salah satu daripada kolej terbesar di UK dengan lebih daripada 20,000 pelajar setiap tahun. Pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman kerja atau pembelajaran vokasional adalah aspek utama di Cardiff & Vale College.

Cardiff & Vale College mempunyai tanggungjawab menyeluruh ke atas Jaminan Kualiti Dalaman (Internal Quality Assurance) merentasi peruntukannya, dan telah menetapkan tatacara untuk menjamin kualiti tersebut tercapai.

Ketahui dengan lebih lanjut di sini: https://www.cavc.ac.uk/